RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Tarikh : 14/11/2011
Tahun : 2 Kambar
Masa : 11.00-11.30
Bilangan Murid : 30
Umur : 8 tahun
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Kata Kerja
Tajuk : Komunikasi
Fokus Utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan :
9.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Objektif Pelajaran
Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
I. Memahami kata kerja.
II. Membina ayat menggunakan kata kerja.
III. Menulis dan mencatat isi-isi penting.
Sistem Bahasa
KBT : Kemahiran Berfikir
Ilmu : Sains,Alam sekitar
Nilai murni : Kebersihan fizikal dan mental,kebersihan,menyayangi alam
sekitar,tanggungjawabterhadap masyarakat.
Kemahiran Berfikir : Menjana idea,mengumpul dan mengelas,mengecam
Belajar cara belajar : Bacaan intensif,mencatat nota,merujuk
Bahan bantu mengajar : Kad manila,kertas majong,Kertas A4
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menyeneraikan segala aktiviti mereka.
Sunday 11 December 2011
Saturday 3 December 2011
Jawapan
1) Encik Shaiful mengasah parang-parang
itu sehingga tajam.(kata
kerja transitif)
2) Rohani selalu mandi di
sungai itu dengan kawan-kawannya.(kata kerja tak transitif)
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok
bunga orkidnya pada waktu petang.(kata kerja transitif)
4) Azila sedang menidur adiknya
di dalam buaian.(kata
kerja transitif)
5) Kumar mengisi borang
permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.(kata kerja transitif)
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan
penuh semangat.(kata
kerja tak transitif)
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan
sekolah.(kata
kerja tak transitif)
8) Abang pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.(kata kerja transitif)
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan
rumahnya petang semalam.(kata
kerja tak transitif)
10) Monyet itu memanjat pokok
kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.(kata kerja transitif)
Latihan
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
1) Encik Shaiful mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2) Rohani selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.
5) Kumar mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
8) Abang pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.
(Jawapan : http://bahasamelayu-tahun2.blogspot.com/2011/12/jawapan.html)
Kesalahan-Kesalahan Kata Kerja
1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Haji Naseer sedang pandang lukisan itu. (X)
Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. (√)
2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.
Contoh ayat:
Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)
Sharifah memahami kehendak adiknya. (√)
3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.
Contoh ayat:
Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)
4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh ayat:
Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)
5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
Contoh ayat:
Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)
Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)
6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)
B. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
1. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek atau pelengkap selepasnya.
2. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
(b) Kata kerja tak transitif berpelengkap
(a) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
- merupakan kata kerja yang paling ringkas.
- tidak memerlukan ansur keterangan.
Ayat Contah :
(a) Gadis itu tersenyum.
(b) Ali menyanyi.
(c) Jalur Gemilang berkibar.
- Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap juga boleh diikuti unsur keterangan.
Ayat Contah :
1. Gadis itu tersenyum sewaktu saya melambaikan tangan ke arahnya.
2. Ali menyanyi dengan penuh semangat.
3. Jalur Gemilang berkibar megah.
(b) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- perlu diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
- terdapat beberapa jenis pelengkap:
* Waktu : Ramu duduk sejak tadi.
* Cara : Salmi duduk bersimpuh.
* Sebab : Geeta duduk kerana letih.
* Tempat : Dia duduk di atas kerusi itu.
- pelengkap berfungsi menyempurnakan maksud ayat.
- sekiranya pelengkap tiada dalam ayat, maka menjadi tidak berasas.
Contohnya :
- Raju ingin menjadi peguam.
Sekiranya tanpa pelengkap, maka ayat tersebut akan berbunyi seperti :
- Raju ingin menjadi... (menjadi apa?)
A. Kata Kerja Transitif (KKT)
- Kata kerja yang mesti disertai oleh objek untuk melengkapkan maksud.
(mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan)
1. Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya.
2. Adik memendang bola.
2. Adik memendang bola.
3. Kakak memotong buah betik.
(a) Kata Kerja Transitif Aktif
(b) Kata Kerja Transitif Pasif
(a) Kata Kerja Transitif Aktif
- berfungsi dalam ayat aktif
- kata kerja ini menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i.
Ayat Contoh :
1. Ibu mencuci baju.
2. Wilson membantu orang tua itu.
3. Irfan menyiapkan kertas kerja itu.
(b) Kata Kerja Transitif Pasif
- berfungsi dalam ayat pasif.
- kata kerja yang berubah daripada ayat aktif kepada ayat pasif akan menghasilkan kata kerja transitif pasif.
Ayat Contoh :
1. Baju dicuci oleh ibu.
2. Orang tua itu Wilson bantu.
3. Kertas kerja itu disiapkan oleh Irfan.
Kata Kerja
Kata Kerja terbahagi kepada:
A. Kata Kerja Transitif (KKT)
B. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
Subscribe to:
Posts (Atom)